Eksplorasi Cilik Digital Sesi Julai 2024
24 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniNADI Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bagi sesi Julai pada 21 Julai 2024, Ahad. Seramai 13 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah STEM IoT, E-learning, Basic ICT dan juga softskills.
Antara aktiviti STEM yang dijalankan ialah Find The Technology, Food Chain Challenge dan Walking Water. Petugas NADI telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana menghasilkan walking water menggunakan air, pewarna makanan dan tisu. Petugas NADI juga memberikan penerangan kepada pelajar bagaimana air itu bergerak ke atas tisu melalui proses yang dipanggil Capillary action. Untuk Find The Technology, pelajar-pelajar diminta untuk mencari barang-barang yang telah disenaraikan di dalam permainan ABCYA. Selain itu, pelajar-pelajar diminta untuk mencari rantaian makanan haiwan dengan memadankan makanan haiwan yang betul.
Untuk aktiviti asas ICT pula, para pelajar telah diberi tunjuk ajar untuk menaip lirik lagu ibu pertiwiku di dalam Microsoft Words. Ini kerana untuk melatih pelajar menaip dengan pantas. Selain itu juga, sempena Hari Sarawak 22 Julai, petugas NADI telah mengajar pelajar-pelajar tersebut membuat poster Hari Sarawak menggunakan Microsoft Powerpoint serta membuat carian bendera Sarawak di dalam Google. Di samping itu, petugas NADI juga telah meminta pelajar menaip cita-cita mereka menggunakan Microsoft Powerpoint dan mencari gambar cita-cita mereka di dalam Google untuk diletakkan di dalam slide yang dihasilkan.
Untuk kelas softskill pula, pelajar-pelajar diminta untuk mewarna bendera Sarawak sempena Hari Sarawak 22 Julai. Selain itu, pelajar-pelajar diberikan satu template buah nanas dan mewarnakan buah nanas tersebut menggunakan cat air.
Selain itu juga, petugas NADI telah membuka video tayangan Klik dengan Bijak kepada pelajar-pelajar tersebut berkaitan Body Shaming, Berkongsi secara berlebihan dan Jangan Kongsi kebohongan. Hal ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: